Segalanya hanya tentang aku..dan sekelilingku..

Tuesday, December 31, 2013

Sayakah itu??

Aku ler tu yang tudung ijau

Haa sebut pasal zaman memuda dolu..aku selalu di panggil dengan nama panggilan Anak Keling oleh Mak Cik yang kami panggil Wak Mon.. Wak Mon ni kira kakak kepada emak aku..tapi lain ibu..

Paling syok kalau kat kenduri kendara yang ramai orang..selambe ajer dia panggil..eehhh Anak Keling dah sampai..korang bayangkan macamana aku punya feel masa tu..Haha dengan semua orang pandang terpinga2..kihkih

Tapi dulu memang realiti macam tu.. esp masa bab pilih2 baju.. aku selalu dapat warna lembut2 sebab mak kata kulit aku gelap..jadinya takleh pakai warna terang2 macam kakak aku..

Bila Mak tengok balik gambar ni..mak pun kata..alahai..gelap rupanya anak mak.. tapi Allah tu tutupkan penglihatan Mak.. Mak rasa anak Mak comel..hihi thanks Mak

Aku yang sekarang

Bila dah membesar..kulit aku pun takdela segelap dulu..agaknya sebab dah memeri kot..haha..Alhamdulillah..bak kata Mak pada Wak Mon..dah besar ye dah pandai jaga kulit..kot2 makan kolagen ke..haha thanks Mak..

Itulah kasih sayang Mak memang tak berbelah bahagi.. dats y bila aku ade anak..dan mereka pun berbeza rupa dan warna kulit..aku tak pernah sesekali membezakan mereka..bagi aku keduanya ade keistimewaan tersendiri

Anak2 mama sayang

MELAKA sudah ada SULTAN???

Raja Noor Jan menunjukkan surat daripada ICJ melalui laman sosialnya hari ini.
Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.

Dalam statusnya menyebut;
”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”
Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.
Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu.


Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.

Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah ‘mendapatkan semula’ beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.

Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.
Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob. -MalaysiaGazette

Thursday, December 26, 2013

Kenapa anak kecil suka menjatuhkan benda?

Gambar Hiasan
Menemani anak-anak yang berusia setahun bermain kadang-kadang boleh membuatkan kita kehairanan jika kita tidak memahami perkembangan asas mereka. Anak-anak pada usia setahun suka menjatuhkan barang yang dipegang. Setelah diambilkan, barang itu akan dijatuhkan semula dan begitulah seterusnya sehingga kadang-kala kita merasa bosan kerana terpaksa berulang kali mengambil barang tersebut. 
Setiap anak kecil akan melalui fasa ini walaupun mungkin pada usia yang berbeza dan jangka masa yang berbeza. Ada anak yang melalui fasa ini dalam jangka waktu yang singkat, tetapi ada juga anak yang melalui fasa ini dengan lebih lama. Yang wajar kita waspada ialah pada usia setahun, kemampuan anak untuk menggenggam barang belum begitu baik. Untuk melatihnya, berikan anak benda-benda yang tidak merbahaya dan tidak mudah pecah.
Apakah sebenarnya yang anak-anak rasakan ketika mereka menjatuhkan barang? Apakah yang menarik minat mereka untuk melakukan perkara yang sama berulang kali sedangkan kita menjadi bosan untuk melayan?
Pada usia ini keinginan mereka untuk mengetahui tentang persekitaran adalah tinggi. Ketika anak-anak menjatuhkan barang, mereka telah menemui satu fenomena yang menarik. Di antaranya ialah deria pendengaran mereka akan mendengar bunyi benda yang jatuh. Deria penglihatan mereka pula akan melihat benda yang bergerak dari atas ke bawah. Sementara deria sentuhan mereka akan merasa benda yang dipegang ada di tangan dan kemudian terlepas dari genggaman.
Disebabkan mereka melakukan ini aktiviti berulang kali, kadang-kadang kita menjadi bosan untuk melayan. Bagi kita yang tidak memahami asas perkembangan kanak-kanak pula akan menganggap perbuatan ini sebagai satu aksi yang nakal lalu kita menghalang mereka daripada melakukannya. Sebenarnya anak-anak belajar sesuatu daripada perbuatan tersebut. Mereka melatih kemahiran menggunakan tangan dan jari. Mereka belajar mengkoordinasikan gerakan tangan, jari dan mata di mana ini penting untuk pembelajaran di tahap yang seterusnya. 
Selain daripada itu, aksi menjatuhkan barang ini dapat mengembangkan persepsi anak-anak tentang konsep ruang. Di sinilah bermulanya anak mengenali tentang posisi atau kedudukan atas dan bawah walaupun mereka masih belum mampu bercakap untuk memberitahu kita yang mana satu atas dan yang mana satu bawah.
Anak-anak juga belajar tentang hubungan di antara sebab dan akibat. Mereka belajar bahawa sesuatu yang dilakukan dapat menyebabkan sesuatu kejadian yang menyenangkan seperti ‘bunyi’ benda jatuh, kelakuan ‘lucu’ ayah atau ibu ketika bongkok mengambil benda yang dijatuhkan dan sebagainya. Oleh kerana aksi ini menyeronokkan, maka anak-anak akan cenderung untuk melakukannya berulang-ulang.
Pertama kali menjatuhkan benda, mungkin berlaku secara tidak sengaja. Namun setelah mendengar dan melihat reaksi yang dihasilkan oleh benda yang terjatuh itu, anak merasa terhibur dan kemudian mengulanginya. Selanjutnya tindakan menjatuhkan benda menjadi tindakan yang sengaja dilakukan. Ini bermakna anak-anak sudah mampu mengembangkan daya berfikir dan merancang melakukan sesuatu untuk tujuan tertentu. Dalam hal ini, menjatuhkan benda untuk mendapatkan bunyi dan melihat benda bergerak.
Setiap tahap yang dilalui oleh anak-anak akan ada manfaatnya walaupun di mata kita nampak perbuatan itu seolah-olah perbuatan yang sia-sia. Sekali pun kita rasa bosan untuk melayan, jangan sampai kita marahkan mereka kerana perbuatan tersebut. Malah lebih baik jika kita bersama dengan anak-anak untuk menikmati detik-detik itu. Inilah peluangnya untuk kita merangsang bagi memaksimakan potensi mereka. Apa yang boleh kita bantu?
  • berikan benda/mainan plastik atau yang selamat untuk dijatuhkan.
  • berikan pelbagai jenis benda yang menghasilkan bunyi yang berlainan, dengan itu anak-anak akan belajar bahawa benda yang berlainan akan menghasilkan bunyi yang berlainan.
  • ibu bapa digalakkan terlibat sama dalam aktiviti ini dengan banyak bercakap dan beri penerangan walaupun ketika itu anak belum boleh bercakap. Bercakap dan beri penerangan hendaklah dalam keadaan yang ceria dan gembira…(“Ala..bola jatuh ke bawah..”)
  • selain daripada mengajar konsep ruang, kita juga boleh mengajar nama-nama benda yang dijatuhkan oleh anak-anak. Bila disebut berulang-ulang kali, anak-anak akan dengan sendirinya dapat mengingat nama benda tersebut. Apabila dia pandai bercakap, tentu dia akan menyebut nama benda itu kelak.
  • berikan banyak benda yang selamat untuk dijatuhkan. Setelah habis semua, cara untuk menghentikan aktiviti tersebut adalah dengan mengalihkan perhatiannya kepada aktiviti lain seperti memukul-mukul tin kosong dan lain-lain. Elakkan daripada menghentikan aktiviti menjatuhkan benda begitu saja tanpa ada aktiviti lain yang mengganti.
  • ibu bapa juga boleh memberikan kembali bola yang dicampakkan anak dengan menggolek. Walaupun anak belum mampu menggolek, sekurang-kurangnya kita mengajarnya bahawa ada pelbagai aktiviti yang boleh dibuat dengan sebiji bola.
  • proses pembelajaran seharusnya tidak memberi tekanan atau rangsangan yang berlebihan. Sekiranya ternampak tanda-tanda anak keletihan, maka rangsangan hendaklah dihentikan.

Walaupun aktiviti menjatuhkan benda ini banyak manfaatnya bagi anak yang masih kecil tetapi ibu bapa harus berwaspada jika aksi ini masih lagi dominan selepas anak berusia 3 tahun (kecuali bagi anak istimewa). Jika anak yang berusia lebih 3 tahun tapi masih kerap melakukan aktiviti ini, ibu bapa harus meneliti apakah ia bertujuan untuk melepaskan kemarahan atau mahukan perhatian. Jika demikian halnya, maka sewajarnya ibu bapa segera mengatasinya. Ibu bapa perlu menenangkan anak dan menunjukkan contoh teladan yang betul untuk meluahkan rasa marah. Tentu saja bukan dengan melemparkan barang.

Wednesday, December 25, 2013

Hukum Pakai Topi Santa Claus


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

Bila nak tiba perayaan Hari Krismas, banyak barangan seperti pokok krismas, baju santa claus dan sebagainya di jual.. Tidak terkecuali topi-topi santa claus untuk penganut agama Kristian untuk merayakannya. Tapi yang aku agak tersakit mata adalah apabila orang Islam sendiri yang memakainya, sama ada disuruh oleh majikan atau sekadar suka-suka. Tapi tahukah korang hukum pakai topi santa claus ni?



Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai ‘Santa Claus’ kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad saw.
Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut kristian. 

Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, ” katanya kepada Berita Harian.

Datuk Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli – belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.
Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, ” katanya.

Monday, December 2, 2013

Kelebihan Alfafa Shaklee

Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.


Kebaikkan Memakan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
    Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
    Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa 
    Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 
    dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah


20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Keistimewaan Alfalfa Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Untuk Info dan Order :

Isdayanti Jamaludin

Sms/Wassap : 012-2922-674
Facebook : Is MaQiram
Blog : http://diarymamagumuk.blogspot.com/


Sunday, December 1, 2013

Ruginya lambat mengenali Shaklee

Kalau nak cerita pasal Shaklee ni..rasa rugi pulak sebab  lambat consume dan lambat jatuh hati dengannya..

Aku bermula bersama Shaklee bila masa tu dalam bulan 10 macam tu..susu aku untuk Iqram merosot dengan mendadak..aku dah mula risau..mau taknya pam2 cuma tinggal 2 auns..

Aku pun pergila search FB dan Google pasal Shaklee.. n dalam ramai2 tu aku tergerak nak order kat Dira.. EO yang aku kenal masa kami interview.. Dira a.k.a mak Shaklee aku sekarang

Wednesday, November 6, 2013

Bawa Anak2 Naik Train

Iqbal di Padang Jawa

 Haaa..cuti Awal Muharam pada 5hb November 2013.. takde plan nak kemana2 pun.. Since Iqbal request nak naik train..so pagi tu after sarapan kami pun menggagahkankan diri bersiap-siap dan starting point di Padang Jawa..
Budak2 ni mulalah eksaited
Sedapla dia tido..dengan abah2 dia sekali tdo
Memula seronok la bebudak tu..lama2 bila dah letih sorang tertido..sorang lagi dah tak tentu arah...nasib baik masa tu dah nak sampai destinasi.. KL Sentral je pun..

Sedapnya..puas hati dapat pegang sendiri

Bai pandai makan ais krim



















                                                                           
Mama sorang tak beli ice cream..share dengan abah

Abis pusing2 kat KL Sentral..singgah McD beli Ice Cream..nak makan..perut masih kenyang..lepas tu kami pun pulang..dalam jam 5 sampaila ke rumah..Jadilah..janji hajat anak2 dah terlaksana..

Tuesday, July 2, 2013

Marriot Putrajaya.. jalan2 cuti2 Malaysia



Haaa... alkisahnya teringin bawak anak jalan2..ala tak jauh mana pun.. g Putrajaya je..huhu ada rezki lebih..maka sampailah kami kat sini.. Marriot Putrajaya..

Jenuh gakla anak2 mandi kat kolam tu.. mama aje yang tak dan nak mandi..plus anak kecik maka mama kene tunggu aje tepi kolam tu.

Okla kan..nak g jauh2 macam letih pulak..al maklumla kehidupan PJJ ni banyak yang meletihkan


So Far makanan kat sini boleh tahan sedapla..memandangkan malas turun cafe..maka mama order ajelaa..cuma Iqbal kata sarapan dia macam makanan kucing..hahahha







Haa sempat pulak jumpa Cikgu2 kesayangan masa zaman sekolah rendah dulu..haa tgk muka cikgu tak berubah pun..muka anak murid dah besau gedabak..hahah ni Cikgu Azhar Rejab dan Cikgu Norehan..

Thursday, January 31, 2013

Penyakit Pelik (2)

Haa..ingat tak pasal kulit Iqbal tu.. ALah pasal Penyakit Pelik tu...
Pedih hati tengok muka anak macam ni..tapi redha jelah

Dalam masa tak sampai seminggu muka Bai dah jadi berkudis2..orang lalu lalang semua macam semacam jijik tengok muka dia..tak kurang yang simpati...sedih je mama rasa..last2 ambik keputusan ke DEMC..kat sana Doc dressing.. berguling2 Bai..siap kena pegang n ikat dengan selimut supaya tak ganggu proses.. dari jam 6 sampai jam 9 baru pulang..sume orang ingat kami eksiden..huhu


Umi Bai tolong cucikan..kopek sekali keruping2 tu
Finally doktor kat Demc bagi ubat dressing..ala air garam botol besar tu je haa..normalsaline.. umi lah yang rajin cuci hari2..sampai sembuh..umi akan cuci n kopek keruping2 sampai yang di kening tu kering sekali

RM96.10..mujurlah Hospital Panel

Tak lupa jugak mama sapukan dengan minyak Baby Tropika tu


Alhamdulillah..bersih dah kulit Iqbal

Lega hati mama sebab kulit anak Mama ni dah bersih semula..bila dia sendiri tengok pun dia rasa teruk n akan berkata "sekarang dah elok dah"